Saturday 4 April 2015

Ikhlas VS Ambil Kesempatan

Hi....

Sempena hari sabtu aka hari bekerja ni tiba-tiba tertarik nak buat entry pasal Ikhlas or ambil kesempatan. Kadang-kadang kita tak sedar pun yang sebenarnya sesetengah orang tak ikhlas pun nak berkawan dengan kita. Sometimes its more kepada amik kesempatan atas kelebihan yg kita ada. Kena pandai beza ye uollsss.

Sesetengah orang boleh dikatakan berkawan dengan seseorang atas kepentingan dan kesenangan diri masing-masing. Ni nak bagi contoh sikit.Dalam satu ofis, korang je yang bwk kereta pergi kerja dan ofismate korang hanya bawak motor pergi kerja. Tapi, bila sampai masa lunch, diorang akan baik sgt dengan korang ajak pergi lunch sekali.Kesempatan ni digunakan oleh diorang sebab senang nak keluar lunch dengan naik kereta korang. Tapi.....bila masing-masing bawak kereta pergi kerja, tak ada sorang pun yang baik hati ajak korang join lunch together. Nampak tak perbezaan tu.

Jangan biar orang ambik kesempatan atas kebaikan kita.So,buka minda kita dan kenal betul-betul manusia-manusia yang jenis macam ni.Manusia jenis macam ni memang tak sesuai dibuat sebagai kawan. Sebenarnya dah rasa mcm kene kt batang hidung sendiri.Jadinya, lepas ni jgn baik hati sangat ye cik wani. Sedar sikit yang diorang sebenarnya nak ambik kesempatan je.

Tak semua orang ada sifat keikhlasan.Manusia spesis ni memang suka ambik kesempatan atas kebaikan orang lain.Bila kita berkawan dengan seseorang, biarlah ikhlas. Bak kata orang, kawan masa susah dan senang.Kawan yang sentiasa ada bila diperlukan dan yang boleh berkongsi segala masalah, suka, duka, sakit dan sihat. IKHLAS!!!