Saturday 4 April 2015

Ikhlas VS Ambil Kesempatan

Hi....

Sempena hari sabtu aka hari bekerja ni tiba-tiba tertarik nak buat entry pasal Ikhlas or ambil kesempatan. Kadang-kadang kita tak sedar pun yang sebenarnya sesetengah orang tak ikhlas pun nak berkawan dengan kita. Sometimes its more kepada amik kesempatan atas kelebihan yg kita ada. Kena pandai beza ye uollsss.

Sesetengah orang boleh dikatakan berkawan dengan seseorang atas kepentingan dan kesenangan diri masing-masing. Ni nak bagi contoh sikit.Dalam satu ofis, korang je yang bwk kereta pergi kerja dan ofismate korang hanya bawak motor pergi kerja. Tapi, bila sampai masa lunch, diorang akan baik sgt dengan korang ajak pergi lunch sekali.Kesempatan ni digunakan oleh diorang sebab senang nak keluar lunch dengan naik kereta korang. Tapi.....bila masing-masing bawak kereta pergi kerja, tak ada sorang pun yang baik hati ajak korang join lunch together. Nampak tak perbezaan tu.

Jangan biar orang ambik kesempatan atas kebaikan kita.So,buka minda kita dan kenal betul-betul manusia-manusia yang jenis macam ni.Manusia jenis macam ni memang tak sesuai dibuat sebagai kawan. Sebenarnya dah rasa mcm kene kt batang hidung sendiri.Jadinya, lepas ni jgn baik hati sangat ye cik wani. Sedar sikit yang diorang sebenarnya nak ambik kesempatan je.

Tak semua orang ada sifat keikhlasan.Manusia spesis ni memang suka ambik kesempatan atas kebaikan orang lain.Bila kita berkawan dengan seseorang, biarlah ikhlas. Bak kata orang, kawan masa susah dan senang.Kawan yang sentiasa ada bila diperlukan dan yang boleh berkongsi segala masalah, suka, duka, sakit dan sihat. IKHLAS!!!


Monday 30 March 2015

Dari Pandangan Seorang Lelaki

Hi...

Hari ni tiba-tiba rasa terpanggil nak buat entry tentang pandangan seorang lelaki tentang perempuan.Okeyhh..ini real!!!Ditanya oleh seorang perempuan kepada seorang lelak

P:Saya nak tanya la..apa pandangan seorang lelaki tentang perempuan?
L:Secara umum la kan, perempuan ni manja,suka kalau lelaki bagi sepenuh perhatian pada dia,
   mudah terasa dan suka bercerita. Tak kisah la tentang apa pun, die akan cerita walaupun
   kadang-kadang orang tu tak faham pn apa yang die cuba cerita.
P:Lagi??
L:Perempuan ni suka kn suprise, suka simpan masalah aka pendam perasaan dan kadang-kadang
   ada masa mcm garang sikit.
P:Pada awak kan, lelaki suka perempuan cm mane?
L:Lelaki suka perempuan yang simple, yang memahami minat dia dan bg dia masa untuk sama
   dengan kawan-kawan dia.Kaum lelaki ni jugak suka kan perempuan yang boleh dijadikan
   kekasih, kawan, sahabat dan teman. Maknanya wanita yang serba boleh.

Ok.Done!!!Berakhirlah sudah conversation tersebut.Itulah pandangan seorang lelaki tentang perempuan dan perempuan yang macam mana dijadikan pilihan hati.

Rasanya, tak jauh bezanya juga dengan pandangan seorang perempuan terhadap lelaki.Kaum perempuan juga memerlukan benda yang sama dengan kaum lelaki.So, tak salah kalau dalam perhubungan, kita sentiasa melengkapi antara satu sama lain.Give and take bak kata orang.Memahami dan mempercayai antara satu sama lain teras dalam sesuatu perhubungan.

Kalau pendapat I, memahami pasangan tu sangat penting.Kalau kita sendiri tak faham pasangan kita, macam mana sesebuah hubungan tu nak bertahan lama ye dak??Dan lagi satu, jangan cepat curiga dan buruk sangka dengan pasangan kita.Sebab, perasaan ni la yang akan merosakkan perhubungan korang.Tak kira la pasangan yang dah kawin ke, couple ke,perlu ada dua sikap ni.

Lagi satu, kita perlu respect pasangan kita, hormat segala keputusan yang dia buat, hormat family dia.Segala persepsi mereka tentang kita bermula dari perangai dan kelakuan kita sendiri....

Sekian bebelan hari ni... <3 <3

Thursday 26 March 2015

~Kebaikan Vaseline Petroleum Jelly~



Hi...

Hari ni I nak share tentang kebaikan Vaseline Petroleum Jelly. Mesti ramai tak tau kan sebenarnya banyak kelebihan vaseline petroleum jelly ni. Sebelum ni pun I hanya tau yang petroleum jelly ni hanya boleh letak pada bibir kering dan kulit kering sahaja. Hari tu, Icari kat Google macam mana nak cepat hilangkan gatal-gatal pada kulit dan I terjumpa tentang kebaikan vaseline petroleum jelly ini.

I rasa korang tau kan barang mana satu yang I maksudkan. Ini dia salah satu produk vaseline yang sangattt best tu.
Image result for vaseline petroleum jelly
Ikhsan gambar En.Google
Ok!!!Ni I listkan antara kebaikan Vaseline Petroleum Jelly ni:

1) Menyembuhkan Luka
Kalau korang nak tau, Petroleum Jelly ni sangat membantu dalam proses penyembuhan luka.I banyak bela kucing.So, possibility untuk kene cakar and gigit tu tinggi. Bila dah luka, I cepat-cepat sapu jelly ni pada permukaan yang luka tu.Jelly ni membantu dalam proses penyembuhan luka dengan agak cepat. Luka tu akan cepat kering.

2) Mengecutkan Jerawat
Jelly ini juga membantu untuk mengecutkan jerawat. Sebelum tidur, korang just sapu jelly ni pada jerawat dan keesokan harinya jerawat tu akan kecut. Yang ni pn I dah cuba. Tapi I suka juga sapu pada parut-parut jerawat dan kawasan-kawasan kulit kering di muka. Bila bangun pagi, muka korang akan rasa lembut sangat.

3) Mengatasi Bibir Merekah/Mengelupas/Kering
I rasa yang ni semua orang tau.Pada yang ada masalah bibir kering boleh sapu jelly ni sebelum tidur. Boleh juga sapu bila-bila masa yang korang suka.Yang pakai lipstick, boleh apply jelly ni dulu sebelum pakai lipstick kesukaan korang ok!!

4) Merawat Tumit Pecah, Kulit Kering dan Kasar
Ramai orang yang ada masalah ni kan. Korang sapu je jelly ni selepas mandi pada permukaan kulit yang kasar contohnya macam buku lali, siku, tumit kaki, lutut dan tempat-tempat yang dirasakan perlu.Amalkan tiap-tiap hari ok. Insyaallah masalah korang akan settle.

5) Mengurangkan Eye Bag
Eye Bag ni memang satu masalah bagi kaum perempuan. Kaum lelaki I tak tau diorang kisah or tak pasal eye bag ni. Eye bag ni adalah lingkaran gelap bawah mata yang sangat annoying.Korang just sapu lapisan nipis di bawah mata sebelum tido.Sekarang ni pun, I tengah cuba. Nak cantik perlu rajin ye sayangsss

6) Mencegah Gatal-Gatal
Yang ni terbukti berkesan. I memang ada masalah kulit gatal-gatal pada tangan.Tiap-tiap malam I akan sapu jelly ni pada tangan I sekaligus akan buat kulit korang rasa lembut dan mulusssss

Banyak lagi tau kebaikan Vaseline Petroleum Jelly ni. I shortlisted kan yang I dah try je.Nanti I cuba discover lg kebaikan-kebaikan jelly ni yang ada tertulis kat En.Google.