Saturday 4 April 2015

Ikhlas VS Ambil Kesempatan

Hi....

Sempena hari sabtu aka hari bekerja ni tiba-tiba tertarik nak buat entry pasal Ikhlas or ambil kesempatan. Kadang-kadang kita tak sedar pun yang sebenarnya sesetengah orang tak ikhlas pun nak berkawan dengan kita. Sometimes its more kepada amik kesempatan atas kelebihan yg kita ada. Kena pandai beza ye uollsss.

Sesetengah orang boleh dikatakan berkawan dengan seseorang atas kepentingan dan kesenangan diri masing-masing. Ni nak bagi contoh sikit.Dalam satu ofis, korang je yang bwk kereta pergi kerja dan ofismate korang hanya bawak motor pergi kerja. Tapi, bila sampai masa lunch, diorang akan baik sgt dengan korang ajak pergi lunch sekali.Kesempatan ni digunakan oleh diorang sebab senang nak keluar lunch dengan naik kereta korang. Tapi.....bila masing-masing bawak kereta pergi kerja, tak ada sorang pun yang baik hati ajak korang join lunch together. Nampak tak perbezaan tu.

Jangan biar orang ambik kesempatan atas kebaikan kita.So,buka minda kita dan kenal betul-betul manusia-manusia yang jenis macam ni.Manusia jenis macam ni memang tak sesuai dibuat sebagai kawan. Sebenarnya dah rasa mcm kene kt batang hidung sendiri.Jadinya, lepas ni jgn baik hati sangat ye cik wani. Sedar sikit yang diorang sebenarnya nak ambik kesempatan je.

Tak semua orang ada sifat keikhlasan.Manusia spesis ni memang suka ambik kesempatan atas kebaikan orang lain.Bila kita berkawan dengan seseorang, biarlah ikhlas. Bak kata orang, kawan masa susah dan senang.Kawan yang sentiasa ada bila diperlukan dan yang boleh berkongsi segala masalah, suka, duka, sakit dan sihat. IKHLAS!!!


Monday 30 March 2015

Dari Pandangan Seorang Lelaki

Hi...

Hari ni tiba-tiba rasa terpanggil nak buat entry tentang pandangan seorang lelaki tentang perempuan.Okeyhh..ini real!!!Ditanya oleh seorang perempuan kepada seorang lelak

P:Saya nak tanya la..apa pandangan seorang lelaki tentang perempuan?
L:Secara umum la kan, perempuan ni manja,suka kalau lelaki bagi sepenuh perhatian pada dia,
   mudah terasa dan suka bercerita. Tak kisah la tentang apa pun, die akan cerita walaupun
   kadang-kadang orang tu tak faham pn apa yang die cuba cerita.
P:Lagi??
L:Perempuan ni suka kn suprise, suka simpan masalah aka pendam perasaan dan kadang-kadang
   ada masa mcm garang sikit.
P:Pada awak kan, lelaki suka perempuan cm mane?
L:Lelaki suka perempuan yang simple, yang memahami minat dia dan bg dia masa untuk sama
   dengan kawan-kawan dia.Kaum lelaki ni jugak suka kan perempuan yang boleh dijadikan
   kekasih, kawan, sahabat dan teman. Maknanya wanita yang serba boleh.

Ok.Done!!!Berakhirlah sudah conversation tersebut.Itulah pandangan seorang lelaki tentang perempuan dan perempuan yang macam mana dijadikan pilihan hati.

Rasanya, tak jauh bezanya juga dengan pandangan seorang perempuan terhadap lelaki.Kaum perempuan juga memerlukan benda yang sama dengan kaum lelaki.So, tak salah kalau dalam perhubungan, kita sentiasa melengkapi antara satu sama lain.Give and take bak kata orang.Memahami dan mempercayai antara satu sama lain teras dalam sesuatu perhubungan.

Kalau pendapat I, memahami pasangan tu sangat penting.Kalau kita sendiri tak faham pasangan kita, macam mana sesebuah hubungan tu nak bertahan lama ye dak??Dan lagi satu, jangan cepat curiga dan buruk sangka dengan pasangan kita.Sebab, perasaan ni la yang akan merosakkan perhubungan korang.Tak kira la pasangan yang dah kawin ke, couple ke,perlu ada dua sikap ni.

Lagi satu, kita perlu respect pasangan kita, hormat segala keputusan yang dia buat, hormat family dia.Segala persepsi mereka tentang kita bermula dari perangai dan kelakuan kita sendiri....

Sekian bebelan hari ni... <3 <3

Thursday 26 March 2015

~Kebaikan Vaseline Petroleum Jelly~



Hi...

Hari ni I nak share tentang kebaikan Vaseline Petroleum Jelly. Mesti ramai tak tau kan sebenarnya banyak kelebihan vaseline petroleum jelly ni. Sebelum ni pun I hanya tau yang petroleum jelly ni hanya boleh letak pada bibir kering dan kulit kering sahaja. Hari tu, Icari kat Google macam mana nak cepat hilangkan gatal-gatal pada kulit dan I terjumpa tentang kebaikan vaseline petroleum jelly ini.

I rasa korang tau kan barang mana satu yang I maksudkan. Ini dia salah satu produk vaseline yang sangattt best tu.
Image result for vaseline petroleum jelly
Ikhsan gambar En.Google
Ok!!!Ni I listkan antara kebaikan Vaseline Petroleum Jelly ni:

1) Menyembuhkan Luka
Kalau korang nak tau, Petroleum Jelly ni sangat membantu dalam proses penyembuhan luka.I banyak bela kucing.So, possibility untuk kene cakar and gigit tu tinggi. Bila dah luka, I cepat-cepat sapu jelly ni pada permukaan yang luka tu.Jelly ni membantu dalam proses penyembuhan luka dengan agak cepat. Luka tu akan cepat kering.

2) Mengecutkan Jerawat
Jelly ini juga membantu untuk mengecutkan jerawat. Sebelum tidur, korang just sapu jelly ni pada jerawat dan keesokan harinya jerawat tu akan kecut. Yang ni pn I dah cuba. Tapi I suka juga sapu pada parut-parut jerawat dan kawasan-kawasan kulit kering di muka. Bila bangun pagi, muka korang akan rasa lembut sangat.

3) Mengatasi Bibir Merekah/Mengelupas/Kering
I rasa yang ni semua orang tau.Pada yang ada masalah bibir kering boleh sapu jelly ni sebelum tidur. Boleh juga sapu bila-bila masa yang korang suka.Yang pakai lipstick, boleh apply jelly ni dulu sebelum pakai lipstick kesukaan korang ok!!

4) Merawat Tumit Pecah, Kulit Kering dan Kasar
Ramai orang yang ada masalah ni kan. Korang sapu je jelly ni selepas mandi pada permukaan kulit yang kasar contohnya macam buku lali, siku, tumit kaki, lutut dan tempat-tempat yang dirasakan perlu.Amalkan tiap-tiap hari ok. Insyaallah masalah korang akan settle.

5) Mengurangkan Eye Bag
Eye Bag ni memang satu masalah bagi kaum perempuan. Kaum lelaki I tak tau diorang kisah or tak pasal eye bag ni. Eye bag ni adalah lingkaran gelap bawah mata yang sangat annoying.Korang just sapu lapisan nipis di bawah mata sebelum tido.Sekarang ni pun, I tengah cuba. Nak cantik perlu rajin ye sayangsss

6) Mencegah Gatal-Gatal
Yang ni terbukti berkesan. I memang ada masalah kulit gatal-gatal pada tangan.Tiap-tiap malam I akan sapu jelly ni pada tangan I sekaligus akan buat kulit korang rasa lembut dan mulusssss

Banyak lagi tau kebaikan Vaseline Petroleum Jelly ni. I shortlisted kan yang I dah try je.Nanti I cuba discover lg kebaikan-kebaikan jelly ni yang ada tertulis kat En.Google.


Wednesday 25 March 2015

Rindu!!!

Hi...

24/3/2015 - Hari yang sangat suram. I diuji dengan kehilangan yang tersayang dalam sekelip mata. 8.55pm dapat call dari ibu satu berita yang buat I lemah, longlai. Citam tinggalkan kami sekelip mata.9 bulan kami jaga dia, bagi kasih sayang pada dia dan adik-adik dia. Citam mati sebab DILANGGAR!!!!Hati mana yang tak sedih,pilu bila dengar berita macam ni.

I cuba terima hakikat yang mungkin ad hikmah disebalik semua ni.Allah SWT pinjamkan dia pd kami untuk bagi kebahagian pada kami selama 9 bulan je.Mungkin Allah ambil dia untuk bagi pengajaran atau bagi sesuatu yang lagi berharga dlm hidup kami.Menangis mcm mana sekalipun citam takkan balik lagi.Memang susah nak melupakan.

Citam ni seekor kucing yang sangat pandai, manja dan memberi ketenangan.Dia memang akan kenal setiap suara yang panggil dia walaupun hanya dgn ucapan salam di muka pintu.Setiap kali I balik Bentong, dia akan sambut seolah2 sangat happy & bahagia.Dia akan mengiau kuat-kuat kalau dia tau I nak bagi nasi pada dia.Dia sangat suka peti ais. Dia akan ikut kita kalau dia tau kita nk bukak peti ais.Itula kelebihan citam yang tak ada pd adik-adik yang lain.

Terima kasih Citam sbb bagi kebahagian pada kami walaupun sekejap.Orang takkan lupakan Citam sampai bila-bila.Citam tetap jadi permata hati kami sampai bila-bila.Tunggu kami kat sana ye sayang. Allah lg sayangkan Citam.

Insyaallah,I kene kuat demi yang lain.Aturan Allah SWT sangat indah. Mungkin ada kebahagian yang lagi besar yang Dia nak bagi untuk I and family.

Citam...I will love u and always miss u..

Wednesday 18 March 2015

Kesayangan Hamba...

Hi...

Disebabkan tahap mengantuk yang overdos kt ofis ari ni, I nak story pasal anak-anak bulus aka chenta hati kami satu family. Kami ad 7ekor anak-anak bulus yang sentiasa bikin havoc dlm rumah.Bak kata ibu, rumah ni macam ad budak kecik sebabnye tikar bergerak, pasu jatuh anddd sume benda la....Tapi, diorang la yang dah menjadi penghibur hati kami sekeluarga.

Ni nama die Oneng. Umur 10 thn
Nama saya Jerry.Umur 4thn
Saya Si Diva Limy. Umur xtau sbb mami amik saya kt belakang rumah dia.
Dari kiri: Citam, Kintun, Olen, Kintan


Diorang ni sentiasa memberikan ketenangan, kedamaian dan kebahagian pada kami sekeluarga. Terima kasih sbb kamu datang dalam hidup kami. Insyaallah, selagi ada hayat, kami jaga kamu sebaik mungkin.Sayangggg kamu!!!!





Wednesday 11 March 2015

8 years of Relationsip & Friendship!!!

Morning!!!


11/3/2015 - Genap 8 tahun perhubungan dan persahabatan kami.Terlalu banyak kisah suka duka, pahit manis, sedih gembira, susah senang yang dikongsi selama 8 tahun ini. Bukan senang untuk melalui 8 tahun ni bersama.

Dialah sahabat,teman dan segalanya. Terima kasih kerana sudi menerima kekurangan diri ini, melayan segala kerenah dan permintaan, perangai baik dan buruk, nafsu makan yg melampau..opsss..heheh...Sempena genap 8 tahun perhubungan & persahabatan ini, saya berharap kita dapat capai semua yang kita impikan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan dan perancangan kita.

Saya berharap awak akan sentiasa ada untuk ceriakan dan indahkan hari-hari saya...Semoga persahabatan ini akan kekal sampai bila-bila.

Monday 9 March 2015

Sahabat ~ It takes a minutes to know them, but it will take entire life to forget them

Morning!!!!

Hari ni terpanggil nak buat entry tentang SAHABAT!!!Dalam hidup ni susah sebenarnya nak cari seorang sahabat yang sentiasa ada dengan kita saat jatuh bangunnya diri kita.Kadang-kadang, kita akan jumpa sesetengah manusia yg ada dengan kita masa kita senang, sihat. Tapi.....masa kita susah, sakit, semuanya hilang entah ke mana.

I rasa bertuah sebab ada sahabat yang sentiasa ada masa susah, ada masalah, sedih, sakit.Mereka sentiasa ada utk menceriakan diri ini.

Kami kenal masa sama-sama belajar kat IIUM.Kami berlima berlainan course berlainan bilik. Daripada board of MRC and tak kenal antara satu sama lain dan sekarang kami berkongsi satu hati, berkongsi rasa sayang dan berkongsi segala suka duka. Kami percaya yang ukhuwah yang terjalin ini Insyaallah akan kekal hingga hujung nyawa kami.

Lawak-lawak bodoh, gurauan kasar hanya kami yg faham dan tak pernah ambil hati.Istilah ambil hati, kecik hati tak pernah sama sakali wujud dalam persabatan ini.


Terima kasih Sahabat kerana kamu sentiasa ada, sentiasa menceriakan hidup ini.Mendengar segala masalah, keluhan, bebelan. Tak pernah jemu mendengar dan mengingati antara satu sama lain. Semoga pershabatan ini sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan kekal hingga akhir hayat kita.








Nah!!!I belanja gambar sikit..Inilah mereka-mereka itu.... <3 <3 <3


Saturday 7 March 2015

Morning Saturday!!!!

Salam.....
Morning!!!!!

Yeahhhh..Its Saturday.Terima  kasih Allah kerana masih mengizinkan kami bernafas lagi utk hari ini. Bagi kebanyakan orang Sabtu adalah hari yg ditunggu sbb ianya adalah hari cotiiiiiiii..Tapi tidak bg iolsss ye...I still bekerja dari Isnin - Sabtu.Masih mencari rezeki di bumi pinjaman Allah.Tak pe lah..ikhlaskn hati ye wahai Cik Syazwani..Insyaallah berkat rezeki yg kita dapat.Semoga Allah SWT murahkan rezeki kami sekeluarga..Amin...




Friday 27 February 2015

Cerah Berseri!!!Awesome!!!

Hi...

Kadang2 kte selalu tercari-cari scrub ape yg best untuk hilangkan daki-daki kt badan,cerahkan kulit gelap.Kalau tengok iklannye bukan main lagi voge the vast kebabom die pyer review kan..Tapi bila pakai, hampeh,xcerah pn kulitnye.

Tetibe ari tu terperasan senior I masa sekolah post testimoni dia sendiri.I kenal dia dr sekolah kot and I tau kulit die camne.So,mcm tertarik hati dok tengok produk yg dia pkai. Sebelum ni da mcm2 scrub bdn iolss try tapi satu pn xmenjadi.Disebabkan dah tgk testimoni dr orang yg kte kenal, kte pn jadi cm yakin la kan..

So, I pn privately PM die tya die produk ape yg die pakai smpai kulit die jd cerah sekata and nmpak flawless.Anddddd..this is her answer for my question!!!

HONEY LOVE SCRUB


Ni la die antara kelebihan scrub ni.Macam2 die blh buat pd kulit kita tauuu..Skin I sebelum ni mmg sgt bermasalah.Dengan kulit keringnye,buku lali hitam,kai merekah, kulit xsekata..Tapiii..lepas pakai scrub ni almost 1month...Tadaaaa




Inilah hasilnya....Kulit makin cerah..lembut...Harga yg berbaloi buat korang rasa tak rugi beli.I blh jamin yg korang mmg akan puas hati.Kalau nk putih & cantik sekelip mata cm artis korea tu xdapek la den nk nolong kan...

Yang penting skali kene disiplin la.I pakai scrub ni hari2 masa mandi.Sekali sehari.Scrub ni pn blh pakai kt muka tapi jgn kerap sgt tau..

Meh I share lg testimoni mereka2 yang pakai HONEY LOVE SCRUB ni..




Harga pun murah..Siapa taknak kan...Yang penting dpt cerahkan kulit yang tak sekata....

Nak beli blh direct contact I :
 013-2225439 (SMS/WHATSAPP)
https://www.facebook.com/syazasyazwani(FB)