Thursday 26 March 2015

~Kebaikan Vaseline Petroleum Jelly~



Hi...

Hari ni I nak share tentang kebaikan Vaseline Petroleum Jelly. Mesti ramai tak tau kan sebenarnya banyak kelebihan vaseline petroleum jelly ni. Sebelum ni pun I hanya tau yang petroleum jelly ni hanya boleh letak pada bibir kering dan kulit kering sahaja. Hari tu, Icari kat Google macam mana nak cepat hilangkan gatal-gatal pada kulit dan I terjumpa tentang kebaikan vaseline petroleum jelly ini.

I rasa korang tau kan barang mana satu yang I maksudkan. Ini dia salah satu produk vaseline yang sangattt best tu.
Image result for vaseline petroleum jelly
Ikhsan gambar En.Google
Ok!!!Ni I listkan antara kebaikan Vaseline Petroleum Jelly ni:

1) Menyembuhkan Luka
Kalau korang nak tau, Petroleum Jelly ni sangat membantu dalam proses penyembuhan luka.I banyak bela kucing.So, possibility untuk kene cakar and gigit tu tinggi. Bila dah luka, I cepat-cepat sapu jelly ni pada permukaan yang luka tu.Jelly ni membantu dalam proses penyembuhan luka dengan agak cepat. Luka tu akan cepat kering.

2) Mengecutkan Jerawat
Jelly ini juga membantu untuk mengecutkan jerawat. Sebelum tidur, korang just sapu jelly ni pada jerawat dan keesokan harinya jerawat tu akan kecut. Yang ni pn I dah cuba. Tapi I suka juga sapu pada parut-parut jerawat dan kawasan-kawasan kulit kering di muka. Bila bangun pagi, muka korang akan rasa lembut sangat.

3) Mengatasi Bibir Merekah/Mengelupas/Kering
I rasa yang ni semua orang tau.Pada yang ada masalah bibir kering boleh sapu jelly ni sebelum tidur. Boleh juga sapu bila-bila masa yang korang suka.Yang pakai lipstick, boleh apply jelly ni dulu sebelum pakai lipstick kesukaan korang ok!!

4) Merawat Tumit Pecah, Kulit Kering dan Kasar
Ramai orang yang ada masalah ni kan. Korang sapu je jelly ni selepas mandi pada permukaan kulit yang kasar contohnya macam buku lali, siku, tumit kaki, lutut dan tempat-tempat yang dirasakan perlu.Amalkan tiap-tiap hari ok. Insyaallah masalah korang akan settle.

5) Mengurangkan Eye Bag
Eye Bag ni memang satu masalah bagi kaum perempuan. Kaum lelaki I tak tau diorang kisah or tak pasal eye bag ni. Eye bag ni adalah lingkaran gelap bawah mata yang sangat annoying.Korang just sapu lapisan nipis di bawah mata sebelum tido.Sekarang ni pun, I tengah cuba. Nak cantik perlu rajin ye sayangsss

6) Mencegah Gatal-Gatal
Yang ni terbukti berkesan. I memang ada masalah kulit gatal-gatal pada tangan.Tiap-tiap malam I akan sapu jelly ni pada tangan I sekaligus akan buat kulit korang rasa lembut dan mulusssss

Banyak lagi tau kebaikan Vaseline Petroleum Jelly ni. I shortlisted kan yang I dah try je.Nanti I cuba discover lg kebaikan-kebaikan jelly ni yang ada tertulis kat En.Google.


5 comments:

  1. asslam wani, kaknoor singgah follow wani disini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap sangat benda ni membantu . ada je vaseline ni dekat rumah tapi sejak bila muka ada bekas parut luka ni , vaseline je jalan termudah . vaseline ni hilangkan parut luka cepat tak ? paling tak pun, berkesan tak ?

      Delete
  2. salam wani, saya nak taw ok ke letak vaseline kat bawah mata, makin kurang tak gelap bawah mata tu?

    ReplyDelete
  3. Adik i baru je try beberapa hari lepas. N berkesan. Dark circle. Eyebag hilang. :)

    ReplyDelete