Monday 9 March 2015

Sahabat ~ It takes a minutes to know them, but it will take entire life to forget them

Morning!!!!

Hari ni terpanggil nak buat entry tentang SAHABAT!!!Dalam hidup ni susah sebenarnya nak cari seorang sahabat yang sentiasa ada dengan kita saat jatuh bangunnya diri kita.Kadang-kadang, kita akan jumpa sesetengah manusia yg ada dengan kita masa kita senang, sihat. Tapi.....masa kita susah, sakit, semuanya hilang entah ke mana.

I rasa bertuah sebab ada sahabat yang sentiasa ada masa susah, ada masalah, sedih, sakit.Mereka sentiasa ada utk menceriakan diri ini.

Kami kenal masa sama-sama belajar kat IIUM.Kami berlima berlainan course berlainan bilik. Daripada board of MRC and tak kenal antara satu sama lain dan sekarang kami berkongsi satu hati, berkongsi rasa sayang dan berkongsi segala suka duka. Kami percaya yang ukhuwah yang terjalin ini Insyaallah akan kekal hingga hujung nyawa kami.

Lawak-lawak bodoh, gurauan kasar hanya kami yg faham dan tak pernah ambil hati.Istilah ambil hati, kecik hati tak pernah sama sakali wujud dalam persabatan ini.


Terima kasih Sahabat kerana kamu sentiasa ada, sentiasa menceriakan hidup ini.Mendengar segala masalah, keluhan, bebelan. Tak pernah jemu mendengar dan mengingati antara satu sama lain. Semoga pershabatan ini sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan kekal hingga akhir hayat kita.








Nah!!!I belanja gambar sikit..Inilah mereka-mereka itu.... <3 <3 <3


No comments:

Post a Comment